Senin, 12 Februari 2007

Udang Galah Dan Ikan


Kali pertama memancing menaiki bot sudah dapat mencuba 2 ketogeri pancing iaitu udang galah di sungai dan ikan di laut dalam masa satu hari pada tangal 12/02/2007.Walaupun hasil tangkapan kurang tapi ini ekspidisi yang menyeronokan .

Sabtu, 10 Februari 2007

Pancing Pantai


Air pasang detik terbaik


Kebanyakan ikan di pantai amat peka pada persekitaran dan perubahan pasang surut air. Ikan di kawasan ini lebih aktif apabila menjelang air pasang terutama pasang besar apabila ikan mara rapat ke pantai mencari makanan.


Peluang untuk menjerat ikan lebih terbuka pada waktu malam kerana waktu ini ikan biasanya tidak menyedari kehadiran manusia berhampiran. Jika dirujuk carta pasang surut air, banyak tempat menunjukkan air pasang pada lewat petang dan awal pagi. Jadi, kedua-dua waktu ini masa terbaik untuk memancing di pantai.


Selain merujuk pasang surut air, musim ikan kecil rapat ke pantai seperti bilis juga adalah musim terbaik memancing. Kehadiran bilis ke pantai turut membawa bersama pemburu yang mengikuti gerombolan bilis yang amat digemari kebanyakan ikan di pantai seperti gerung belang, ebek, gelama, haruan tasik mahupun pari.


Pelbagai jenis umpan boleh digunakan ketika memancing di muara. Pilihan umpan biasa dirujuk kepada jenis ikan yang ingin dipancing dan umpan yang biasa ditemui atau digunakan di kawasan itu. Namun umpan lumrah di muara ialah udang hidup adalah paling mujarab, perumpun atau hirisan ikan. Memilih mata kail sama seperti pilihan terhadap umpan. Malah saiz mata kail boleh ditentukan dengan kecil atau besar umpan yang digunakan.


buru kerapu di pantai



Kerapu yang mendiami pantai saiznya kurang daripada 2 kilogram kecuali kawasan itu airnya dalam.

Justeru, mata kail yang sesuai adalah nombor 8 hingga nombor 10. Walaupun kerapu 500 gram boleh menelan mata kail nombor 5/0, tapi disebabkan faktor geografi, anda disaran menggunakan mata kail kecil.

Tali perambut sesuai ialah antara 20 hingga 40 paun mengikut saiz tali utama yang digunakan. Perambut 40 paun dianggap besar untuk mengikat mata nombor 10.

Memancing kerapu di kawasan berbatu tidak memerlukan perambut yang panjang kerana terlalu panjang ia mudah tersangkut pada karang. Paling sesuai sejengkal atau dua jengkal saja dari ladung. Teknik memancing ikan kerapu biasanya di kawasan berbatu.

Tetapi jangan melontar umpan di kawasan berbatu atau membiarkan ia jatuh hingga ke dasar. Akibatnya, kail tersangkut.

Kalau air jernih, labuhkan umpan antara batu (tempat cerah di antara kawasan yang gelap) dan tunggu ikan keluar dari kawasan batu dan menerkam umpan.

Batu ladung pula tertakluk kepada jarak lontaran yang hendak dibuat. Jika umpan dilontar pada jarak dekat, gunakan ladung kecil sekadar untuk menenggelamkan umpan ke dasar.

Kalau berhajat membuat lontaran jauh, batu ladung besar diperlukan bagi mengurangkan rintangan terutama angin.

Bagi penulis, lebih seronok menggunakan pancing tanpa ladung di kawasan tepi batu. Hirisan umpan mati mampu tenggelam ke dasar jika lokasi berkenaan arusnya lemah. Risiko tersangkut pada batu juga kecil jika menggunakan teknik ini.

Umpan hirisan ikan kembung dan sotong terbaik bagi memikat kerapu pantai kerana kerapu tidak memilih umpan. Apa saja umpan yang berada di depannya pasti diterkam. Selain udang hidup, hirisan ikan, anda boleh menggunakan isi ketam atau ketam pasir, siput atau apa-apa isi cengkerang yang ditemui di persisiran pantai berbatu.

Translate To English:-

Kelong Acheh








Kelong Acheh
Destinasi yang seronok untuk percutian dan sesuai untuk kaki-kaki pancing.


Jumat, 09 Februari 2007

Layang-Layang Antarabangsa Pasir Gudang






Pasir Gudang terkenal diseluruh dunia kerana pesta Layang-Layang Antarabangsa yang dijalankan setiap tahun diadakan disini.Bukit Layang-Layang adalah kawasan dimana pesta ini diadakan.Tahun ini Pesta diadakan pada tanggal 6 Feb-11 Feb 2007 .Muzium Layang-Layang terletak disini,Kincir air yang merupakan menara tertinggi di Pasir Gudang juga terletak di Bukit Layang-Layang.Datanglah beramai-ramai.
Puas sudah kita menarik tali pancing dan kali ini pula kita menarik tali layang-layang.



Selasa, 06 Februari 2007

Umpan Ikan Air Tawar

Umpan mujarab pikat patin, tongsan, rohu


Masalah yang kerap dialami kebanyakan pemancing di kolam ialah keberkesanan umpan untuk menjerat ikan terberat untuk menjuarai pertandingan. Memang tidak dinafikan hadiah yang ditawarkan semakin meningkat untuk menarik ramai kaki pancing.

Di kolam air tawar, patin dan tongsan biasanya mendahului kedudukan ikan paling berat kerana saiz dan fizikal ikan itu adalah besar. Ketika ini, penulis tidak berani untuk memberitahu umpan khusus paling mujarab kerana ada pelbagai jenama dedak dan ramuan rahsia pemancing sendiri. Semua umpan ini digemari ikan dan berjaya menawan pelbagai saiz ikan berkenaan.

Jadi sukar mencadangkan jenama dedak yang digunakan kerana cita rasa ikan saling berbeza. Terbaru, penulis dapati ‘dedak hong’ dan dedak dinding merah menjadi pilihan. Ia diadun dengan perisa vanila, pandan, coklat dan kelapa.

Ada juga berbau seperti ramuan cacing atau cendawan yang dijual dalam bekas botol kecil.

Jadi, jika ditinjau umpan ini jelas baunya juga memainkan peranan penting selain saiz gumpalan dedak yang perlu dipasang pada mata kail. Selain itu, adunan mesti pejal dan tidak mudah terurai ketika dilontar serta tahan lebih lama dalam air selain mampu mengeluarkan bau bagi menarik perhatian ikan.

Bagi penulis, yang penting ialah kita cuba membuat penilaian sendiri kerana ramai pemancing enggan berkongsi info dan rahsia umpan mereka. Bila diuji ramuan mana yang membuka selera ikan, kita boleh membuat pilihan terbaik.

Belajar daripada pengalaman adalah sumber ilmu yang tidak ternilai manakala berguru dengan pemancing handal adalah ilmu terbaik, membaca sumber rujukan seperti bahan bacaan pula adalah ilmu teras, melihat dan meniru pemancing lain pula ilmu yang tidak salah diikuti. Manakala dibantu oleh alatan terkini pula adalah ilmu sampingan yang perlu dipelajari.

Peralatan asas memancing berumpan




MEMANCING menggunakan umpan dianggap paling ringkas. Yang penting ada sesuatu boleh dimakan ikan dan dipasang pada mata kail. Ada ratusan jenis umpan. Ia cukup menarik perhatian ikan di sesuatu lokasi. Di Malaysia, hampir semua ikan air tawar dipancing menggunakan umpan walaupun sesetengah boleh ditewaskan dengan umpan tiruan.

Keli, puyu, toman, haruan, patin, belida, jelawat, kelah dan puluhan spesies air tawar lain lazimnya memakan umpan.

Anda boleh mula memancing dengan membeli set yang murah seperti joran 5 hingga 9 kaki, kekili, tali, pelampung, umpan (seperti roti, dedak, ulat atau cengkerik), ladung, swivel, manik dan mata kail (rujuk grafik).

Ada tiga jenis joran asas untuk memancing. Pertama, joran untuk memancing menggunakan pelampung. Ia dicipta untuk aksi melontar umpan ringan. Panjang joran ini antara 12 atau 13 kaki (3.6 hingga 4 meter). Ia sesuai untuk melontar umpan antara 170 hingga 200 gram.

Joran kedua bagi memancing menggunakan umpan di dasar. Saiznya antara 3.2 hingga 3.6 meter. Ia sesuai dengan tali 1.4 hingga 3.6 kilogram (3 hingga 8 paun).

Bagi memudahkan anda mendapat panduan maka gambar yang tertera adalah merujuk kepada: A. Kacamata polaroid bagi membolehkan anda melihat lebih jelas dalam pancaran kilau matahari.
B. Angkup (forceps) untuk memudahkan anda menanggalkan mata kail atau membetulkan mata kail.

C. Mata kail sememangnya menjadi syarat untuk membolehkan anda memancing. Pastikan mata kail sesuai dengan ikan yang diburu.

D. Hujung joran yang halus dan mudah bergetar sebagai penanda ikan memakan umpan.
E. Pelampung untuk kegunaan memancing di sungai.
F. Pelampung ‘avon’ untuk kegunaan dalam air deras dan umpan yang besar.
G. Pelampung ‘duri landak’ yang sememangnya sangat sesuai untuk memancing di tasik.

H. Pelampung goyang yang lut sinar ini sangat sesuai untuk kegunaan dalam air tenang atau berarus perlahan.

I. Jangka suhu bagi menyukat suhu air kerana kepanasan air turut menentukan bentuk atau jumlah tangkapan bakal diperoleh.

J. Batu ladung yang pelbagai mengikut keperluan

K. Swivel bagi mengelakkan tali berpintal.

L. Mesin gulung paling lazim di pasaran.

SIMPULAN dropper loop


SIMPULAN dropper loop ini sesuai digunakan untuk memisahkan dua bahagian seperti mengasingkan antara batu ladung dan mata kail.


1. Lakukan satu gegelung untuk memulakan ikatan ini.


2. Pintal dalam bentuk gegelung yang kecil yang dipegang dengan dua tangan.


3. Lakukan hingga lapan lilitan pada salah satu bahagian dan satu lagi bahagian dengan menggunakan enam lilitan.


4. Gantung bahagian gegelung yang bersaiz besar dan tarik perlahan-lahan untuk memperkemaskan ikatan.


5. Ikatan yang sudah siap memiliki kekuatan yang diperlukan untuk memancing.

Kenapa kekili berbunyi kasar

Bebola karat punca kekili berbunyi kasar
Bunyi pada kekili biasanya terhasil apabila terdapat geseran antara dua objek terutama antara dua logam. Bunyi akan menjadi lebih ketara tanpa ada pelincir sesuai diantaranya. Masalah ini banyak di hadapi oleh ramai kaki pancing terutama yang jarang-jarang menggunakan kekili dan tidak menjaganya dengan sempurna.

Jika masih terdapat bunyi kasar selepas servis, maknanya masih ada geseran berlaku tanpa pelincir atau pemasangan di lakukan tidak betul. Ramai yang melakukan servis pada luaran badan kekili seperti menjirus air saja dan bahagian-bahagian tertentu saja.

Ini sesuai dilakukan setiap kali pulang memancing. Servis masih belum mencukupi jika kita tidak meneliti setiap alas bebola yang terdapat di dalam kekili. Ramai tidak menyedari alas bebola berkarat kerana ia biasanya di tutupi oleh lapisan logam nipis atau penutup alas bebola .

Pada luaran alas bebola ia kelihatan bersih tapi di dalam kemungkinan alas belola terdapat bahagian yang berkarat atau ia telah kehabisan minyak gris di dalamnya.Untuk ini keluarkan alas bebola, pusing cara manual dan perhatikan. Kalau ia masih mengelurakan bunyi kasar maka ia sudah tidak berfungsi dengan baik.

Buka penutup alas bebola dan pasti saudara akan dapati didalamnya sudah berkarat atau kering.Tukar sahaja alas bebola jika ia masih berbunyi kasar selepas di sapu gris. Cara ini tentu akan menyelesaikan masalah yang saudara hadapi. Selamat mencuba.